Hari terakhir buat Sanusi sebelum berdepan saman RM 1bilion

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pengerusi Eksekutif DSAT Group Sdn Bhd, Datuk Seri Azizul Tandek, memberikan tempoh 10 hari

kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi, untuk memohon maaf berhubung kenyataannya.

“Sekarang sudah hari kesembilan, tetapi masih tiada jawapan daripada beliau.

Jika tiada maklum balas dalam tempoh ini, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan membawa perkara ini ke mahkamah,” ujar Azizul dalam sidang media pada Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa tuntutan tersebut dibuat kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhammad Sanusi telah menjejaskan sumber pendapatan DSAT Group.

Hari terakhir buat Sanusi sebelum berdepan saman RM 1bilion

Tindakan Undang-Undang Jika Tiada Respons

Menurut Azizul, pihaknya yakin untuk meneruskan tindakan undang-undang jika tiada maklum balas diterima daripada Menteri Besar Kedah. Beliau turut memaklumkan bahawa barisan peguam mereka telah bersedia untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

“Sikap berdiam diri beliau memberikan kelebihan kepada kami. Mungkin beliau tiada jawapan atau sengaja mengelak. Harapnya beliau tampil memberi penjelasan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Azizul menyertai misi bantuan pasca banjir Majlis Belia Negeri Kedah bersama badan bukan kerajaan di Kampung Pasir, Kepala Batas.

Surat Tuntutan (LOD) Diserahkan Pada 24 November

Pada 24 November lalu, DSAT Group bersama Mahsuri Medical Centre (MMC) telah menyerahkan surat tuntutan (LOD) kepada Muhammad Sanusi melalui peguam Tetuan Gunaseharan & Linda.

Tuntutan itu menuntut Menteri Besar Kedah:
1. Memohon maaf secara terbuka.
2. Menarik balik kenyataan yang dibuat pada 7 November lalu di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).
3. Membayar ganti rugi sebanyak RM1 bilion.

Muhammad Sanusi, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), diberikan tempoh 10 hari untuk memenuhi tuntutan tersebut. Jika gagal, tindakan saman akan diteruskan di mahkamah.

BACA: ‘Adik bongsu aku buas walaupun dah umur 11 tahun, mak marah bila aku suruh bawa jumpa pakar, katanya aku menghina adik’