Harga tiket Coldplay dijual semula macam ‘pergi haji balik hari!’, sekali ini komen padu Menteri

Oleh MHDAILY

Harga tiket Coldplay dijual semula macam ‘pergi haji balik hari!’, sekali ini komen padu Menteri.

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil bakal bangkitkan isu penjualan semula harga tiket konsert Coldplay

Ada yang menjual yang tidak masuk akal ke Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Harga tiket Coldplay dijual semula macam 'pergi haji balik hari!', sekali ini komen padu Menteri

Perkara tersebut dinyatakan sendiri oleh beliau menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi miliknya sebentar tadi.

Menurutnya, penjualan semula tiket dengan harga yang lebih mahal adalah sangat keterlaluan.

“Ini keterlaluan-isu tiket bawah KPDN. InsyaAllah saya bangkit dengan Datuk Salahuddin Ayub,” tulis ciapan Fahmi Fadzil itu.

Beliau mengulas perkara itu selepas menerima aduan daripada ramai pengguna media sosial yang tidak berpuas hati selepas tiket yang dijual pihak penganjur konsert habis dijual.

Image

Susulan daripada itu, ramai yang dilihat mengambil kesempatan menjual semula dengan harga yang tinggi kerana mengetahui permintaan untuk mendapatkan tiket konsert tersebut sangat tinggi.

Jualan tiket yang bermula pada 16 dan 17 Mei oleh pihak penganjur dilaporkan telah habis dijual dalam tempoh yang singkat tidak sampai beberapa jam.

Namun begitu disebabkan sifat pembeli yang tidak bertanggungjawab, mereka yang berjaya membeli tiket lebih banyak bertindak menjual semula tiket tersebut pada harga yang lebih tinggi.

Terdahulu, Siakap Keli pernah melaporkan bahawa beberapa pihak mula tampil menjual semula tiket-tiket konsert yang dibeli melalui platform jual beli atas talian.

Berdasarkan tinjauan di laman web Carousell, terdapat berpuluh-puluh akaun menjual tiket tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

Secara purata, setiap penjual akan menjual semula tiket-tiket konsert berkenaan dalam lingkungan harga RM2,000- RM8,000, bergantung pada kelas dan jumlah tiket.

Jual semula tiket Coldplay dengan harga yang sangat tinggi
Setakat ini, ada penjual yang telah menjual semula tiket Coldplay dengan meletakkan tanda harga setinggi RM20,000.

Menurut perincian pada produk tersebut, penjual itu menjual empat tiket VIP (My Universe) dengan harga tersebut.

Untuk makluman, sekeping tiket VIP (My Universe) dijual dengan harga RM2,108. Manakala, harga sebenar bagi keempat-empat tiket sepatutnya bernilai dalam lingkungan RM 8,432. Ini bermakna, penjual tersebut telah mengambil keuntungan sebanyak RM 11,568.

Sebelum ini, tiket konsert jelajah dunia Coldplay: Music Of The Spheres dilaporkan habis dijual oleh Live Nation pada 1.00 tengah hari tadi.

Pengumuman tersebut telah disiarkan melalui Twitter rasmi penganjur berkenaan baru-baru ini. Pihak penganjur turut mengingatkan orang ramai agar tidak membeli tiket -tiket konsert tersebut menerusi penjual yang tidak beratuliah.

“Kami mengingatkan orang ramai untuk tidak membeli tiket daripada sumber yang bertauliah atau laman web pihak ketiga.”

“Tindakan membeli tiket melalui kaedah yang tidak bertauliah, pembeli perlu menghadapi risiko kerana kesahan tiket berkenaan tidak dapat disahkan, serta tidak layak menerima pampasan.”

BACA:

Kenapa ya? 7 Eleven dekat Thailand lebih laku keras berbanding di negara lain?

Gara-gara risau kekasih tak angkat call sampai sekali lain pula jadi dengan boyfriend lepas keluar cari sampai admit hospital