Orang ramai dilihat berpusu-pusu datang untuk mengutip ulat tersebut, yang dijual dengan harga yang mampu mencapai RM400 hingga RM600 sekilogram (kg)
Kehadiran ulat ‘kayangan’ yang dikenali sebagai Lamas atau Lelamaih di Kilometer 7 Jalan Dalat-Sungai Kut di sini
Telah mencetus fenomena yang menarik perhatian ramai orang untuk mengutipnya.
Orang ramai dilihat berpusu-pusu datang untuk mengutip ulat tersebut, yang dijual dengan harga yang mampu mencapai RM400 hingga RM600 sekilogram (kg)
,Ada yang merayap di atas jalan raya dan di daun-daun kayu Nyatoh di sepanjang jalan tersebut.
Penduduk Kampung Sungai Kut menyedari kehadiran ulat ini semalam ketika ia ditemui merayap di atas jalan raya, dan sejak itu, penggemar ulat tersebut berbondong-bondong datang untuk mengutipnya.
Tidak hanya penduduk tempatan, malah penggemar dari Oya dan Mukah juga turut hadir untuk mengutip ulat tersebut.
Menurut Senah Mat, 88 tahun, Lamas sangat sedap dimakan, sama ada direbus dengan air dan garam atau diasap.
“Ulat ini bersih dan baik untuk kesihatan,” katanya.
Wanita dari kaum Melanau itu berkata, rasa Lamas juga lemak dan manis serta boleh dimakan dengan sagu dan nasi.
Lamas merupakan salah satu makanan eksotik bagi masyarakat Melanau di Mukah, selain daripada ulat mulong (sagu).
Walaupun ulat ini sukar dijumpai kerana habitatnya hanya di dalam daun pokok Nyatoh dan hanya terdapat di hutan-hutan tertentu, namun ia sentiasa mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Melanau kerana keenakan rasanya yang tersendiri.