Apabila melakukan transak secara atas talian menggunakan aplikasi, kadang kala kita tersilap masukkan amaun
Hingga hingga akhirnya bayar pada harga lebih murah.
Begitulah nasib peniaga durian selepas terpaksa mencari semua pelanggan yang tersalah membuat bayaran.
Menurut hantaran peniaga di Facebook, wanita tersebut sepatutnya membayar durian pada harga RM156 namun disebabkan kesilapan, pelanggan itu hanya membayar RM1.56.
“Tadi pukul 6.23 petang ada seorang pelanggan bawa kereta warna merah ,datang beli durian berjumlah RM156, tetapi hanya ‘transfer’ RM1.56.
“Kak boleh WhatsApp kita untuk bayar baki,” tulis peniaga itu.
Turut disertakan bukti transaksi dalam akaun peniaga tersebut, bagaimanapun dalam hantaran terkini pemilik Facebook mendakwa isu tersebut sudah selesai.
Rupanya banyak netizen yang melakukan hal sama dek kerana tidak peka pada titik ketika membuat pembayaran menggunakan aplikasi.
“Kalau amaun besar begini, minta pelanggan hantar slip melalui WhatsApp sebelum pergi. Dah ramai kena begini. Semoga dpermudah urusan boss durian.
“Saya pun pernah kena. Transfer RM3.50 sebenarnya jumlah buah saya dia beli RM35.00.
“Saya pernah tersilap lupa nak tekan 00. Nak transfer RM320 jadi RM32 je. Harap yang ini pun tersilap. Bila sedar transferlah semula,” antara komen netizen.
Pelanggan seharusnya lebih peka akan isu pembayaran dan peniaga tidak boleh sepenuhnya percaya bahawa mereka sudah membayar tanpa melihat resit.
BACA: Wanita ini kongsi cara nak buat sambal ketagih, ada dua versi yang boleh dicuba