Harga bawang naik sebab musim tengkujuh – Timb Menteri

Harga bawang naik sebab musim tengkujuh – Timb Menteri

Kenaikan harga bawang besar dari India tidak dapat dielakkan kerana pengimportan bahan masakan itu agak berkurangan akibat musim tengkujuh dan bencana banjir di negara itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid berkata, pengguna perlu bersabar dan menggunakan bawang dari negara lain seperti Thailand, Pakistan, China, Belanda, Myanmar serta Indonesia sebagai alternatif, yang bekalannya mencukupi dan harga kekal sama.

“Bagaimanapun, saya dapati pengguna di negara ini lebih gemar menggunakan bawang diimport dari India kerana ia mempunyai rasa tersendiri berbanding bawang dibekalkan negara lain.

“Pihak kementerian akan terus mencari dan mendapatkan sumber bekalan bawang dari negara pengimport bawang yang lain bagi memenuhi permintaan pengguna negara ini,” katanya selepas melawat sebuah kilang pengeluar telur ayam di Yong Peng, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, kementerian itu turut menjamin bekalan bawang mencukupi ketika ini dan membenarkan pemborong menyediakan bekalan makanan serta keperluan asas melebihi 30% daripada kuota bekalan biasa semasa musim tengkujuh.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/21/harga-bawang-india-naik-akibat-tengkujuh-banjir-kata-timbalan-menteri/

COMMENTS