Hanya tak mampu belikan iPhone, anak tergamak malukan bapa dikhalayak ramai

Oleh FAHMI ABBAS

Kejadian seorang gadis yang memalukan bapanya di hadapan orang ramai hanya kerana tidak diberikan telefon pintar iPhone

Telah menjadi viral di media sosial, laporan dari akhbar South China Morning Post semalam menyatakan.

Rakaman insiden tersebut dimuat naik oleh seorang pejalan kaki bernama Zhong yang berada di lokasi kejadian di sekitar Taiyuan, wilayah Shanxi pada 4 Mei yang lalu.

Zhong menyatakan bahawa perbualan antara kedua beranak itu begitu keras sehingga dia dapat mendengar dengan jelas setiap kata yang diucapkan.

Gadis tersebut dikatakan berteriak dan menghina bapanya kerana kegagalannya membelikan beliau telefon pintar iPhone seperti yang dimiliki oleh rakan-rakan lain.

Hanya tak mampu belikan iPhone, anak tergamak malukan bapa dikhalayak ramai

“Ibu bapa orang lain boleh membeli iPhone untuk anak-anak mereka. Mengapa awak tidak ada wang?” kata gadis tersebut.

Bapanya, dengan sedih, berlutut sambil menggelengkan kepala dan meminta maaf kepada anaknya kerana tidak dapat memenuhi permintaannya itu.

Walaupun kebanyakan netizen mengutuk tindakan gadis tersebut, terdapat juga yang mengkritik bapa gadis itu kerana gagal mendidik anak perempuannya dengan baik.

“Anak-anak terlalu mementingkan keselesaan sendiri tetapi tidak menghiraukan kesusahan ibu bapa. Ini adalah tragedi dalam masyarakat hari ini!” kata seorang netizen.

BACA: “Tiap hari aku dengar jiran sebelah gaduh, satu hari si isteri kena halau sebab suami dah lari tak bayar sewa, akhirnya aku jadikan dia isteri aku”