Hanya kerana tangga, tak pasal lelaki ini jadi buruan Polis, rupanya ini sebenarnya yang dia buat

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Hanya kerana tangga, tak pasal lelaki ini jadi buruan Polis, rupanya ini sebenarnya yang dia buat

KEGIATAN dua individu lelaki yang mencuri tangga besi dari sebuah kediaman

Berlaku dekat Taman Ampangan, Paroi, Negeri Sembilan pada 17 Julai lalu hangat diperkatakan di laman media.

Hanya kerana tangga, tak pasal lelaki ini jadi buruan Polis, rupanya ini sebenarnya yang dia buat

Kes itu yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) meraih lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini.

Difahamkan, kehilangan tangga mudah alih itu hanya disedari pemilik rumah selepas memeriksa kamera CCTV yang menunjukkan suspek melarikan alat berkenaan pada pukul 3.50 petang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya sedang memburu dua suspek terbabit.

“Pada pukul 2.50 petang Sabtu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 30 tahun mengenai kejadian curi di kawasan perumahan Taman Ampangan.

“Pengadu menyedari tangga lipat aluminium yang diletakkan di halaman rumahnya hilang. Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku pada petang 17 Julai lalu,” lapor Buletin Utama.

Beliau berkata, suspek menaiki sebuah motosikal sebelum seorang daripada mereka bertindak memanjat pagar rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

“Seorang lagi menunggu di luar pagar rumah sambil memerhatikan sekeliling. Suspek mengambil tangga dan melarikannya. Anggaran kerugian kira-kira RM200 dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ainol Omar di talian 011-59197441 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222,” katanya.

BACA: Kenapa ada negara digelar negara dunia pertama, kedua & ketiga, rupanya ini maksudnya