Hanya kerana penumpang keluar tandas, sekali lain pula jadi bila pilot terpaksa masuk pesawat ikut tingkap.
SEORANG juruterbang di Amerika Syarikat (AS) terpaksa memasuki kapal terbang melalui tingkap kokpit
selepas seorang penumpang secara tidak sengaja menutup dan mengunci pintu ke pusat kawalan
pesawat tersebut yang akan melakukan penerbangan dari San Diego ke Sacramento.
Insiden pelik itu dirakam seorang penumpang, Matt Rexroad pada Jumaat lalu yang memaparkan juruterbang berkenaan menyelit masuk melalui tingkap hadapan pesawat pesawat terbabit.
Berkata kepada FOX5SanDiego.com, dia berada di jambatan perlepasan ketika kejadian memaklumkan tingkap kokpit itu dibuka oleh seorang kru darat di lapangan terbang tersebut.
“Ia hanya mengambil masa beberapa saat sebelum tingkap kokpit itu dibuka. Semuanya dilakukan dengan sangat cekap,” ujarnya.
Matt berkata, di sebalik masalah tidak dijangka itu, penerbangan berkenaan hanya berlepas lewat lapan minit daripada jadual.
Kejadian tersebut berlaku ketika seorang penumpang terakhir dalam penerbangan sebelumnya keluar dari tandas terletak di hadapan kabin pesawat dan secara tidak senjaga tertolak pintu bilik kawalan yang direka untuk terkunci secara automatik.
Insiden tular itu turut mendapat perhatian daripada syarikat penerbangan itu, Soutwest Airlines yang menulis, ” Ini pastinya bukan sesuatu yang anda akan lihat setiap hari.”
Jurucakap syarikat itu berkata, juruterbang berjaya membuka pintu bilik kawalan yang terkunci itu sebaik berada di dalam kokpit.
BACA:
Budak sekolah kantoi curi duit nenek RM64 k, joli sakan dengan member satu kelas