Hanya kerana ibu bapa menyokong kepimpinan PMX, pelajar ini dedah jadi mangsa bulian dan hinaan pembangkang

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Hari ni kakak nangis-nangis, sebab kawan2 PN PAS dia dok provoke2 dia kat asrama, hina PMX, hina ABIM dan hina sekolah .

Hari ni ummi abi datang ziarah dah jadi sessi bertemu ummi abi untuk dapatkan fakta dan penjelasan bagi melawan naratif fitnah yang kawan2 buli dia kat asrama.

Pesanan untuk kawan-kawannya di sekolah, kalau tak suka sekolah tu , anak2 lain bolehlah cari sekolah lain dari memburukkan sekolah dan burukkan guru2 .

Hanya kerana ibu bapa menyokong kepimpinan PMX, pelajar ini dedah jadi mangsa bulian dan hinaan pembangkang

Boleh cari sekolah PAS dan eloklah cari keberkatan ilmu di sekolah lain.

Ibu bapa sepatutnya didik anak dengan akhlak yg baik, bukan mengajar memfitnah dan menghina serta menjaja berita yang tak betul sampai sanggup provoke antara rakan2 .

Sangat menggangu anak-anak lain yang di asrama dan pembelajaran bila kawan-kawannya asyik menghina setiap hari. Sekolah perlu buat sesuatu.

Ahad ni, PMX datang sekolah untuk dana bantuan dewan sekolah, harap-harap dapat sekali dana membaiki fasiliti tandas pelajar-pelajar di sekolah dan asrama untuk keselesaan pembelajaran yang lebih baik in sha Allah. Kawan-kawan yang tak suka PMX bg bantuan tu, bolehlah berjumpa dengan beliau Ahad ni ,untuk menyatakan apa yang terselindung. Jangan cakap belakang je , berani kerana benar.

Semoga pengetua dan guru-guru dapat membendung fitnah yang berleluasa dalam sekolah supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai karamah insaniah ,ihsan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Apa yang keluar dari lidah itulah yang ada dalam hati. Hati-hati dengan fitnah .

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”.

[Riwayat Muslim (4482)]

firman Allah SWT dalam surah al-Nur:

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١١﴾ لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَـٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu.

Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.

Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [Surah al-Nur : 11-12]

Huzaifah R.A:
‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]

SumbeR:

BACA: Anak Zarina Zainudin bakal tamatkan zaman bujang, Azal jumpa jodoh wanita negara seberang