Seorang wanita ditahan oleh polis Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas didapati memiliki 19 ekor burung yang dilindungi.
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
Dan Taman Negara (Perhilitan) dalam serbuan Ops Bersepadu Khazanah di rumahnya di Kampung Dusun Durian Tawang, Bachok, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata 19 ekor burung daripada tiga spesies itu
Disimpan tanpa kebenaran, dengan anggaran nilai berjumlah RM39,750.
Menurut beliau, rampasan tersebut melibatkan 11 ekor burung Murai Batu, seekor burung Luris Leher, dan tujuh ekor burung Kunyit Pacat, yang kesemuanya ditemui dalam premis itu tanpa dokumen sah dari Perhilitan.
“Suspek telah ditahan untuk membantu siasatan lanjut. Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk tindakan seterusnya.
“Kes ini disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya semalam.
Tambah beliau, PGA dan Perhilitan akan terus memperhebatkan usaha bagi melindungi hidupan liar daripada terus diancam di negara ini.
BACA: Tak main kilogram dah, gula dan minyak paket subsidi cecah ratusan tan dirampas
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio