Bayangkan, tukang buat air teh tarik mampu untuk melantik seorang pengurus untuk mengurus kehidupannya.
Baru-baru ini, sebuah video tular yang memaparkan dua lelaki sedang menjalankan rakaman podcast dan berbincang mengenai Dolly Chaiwala, pembuat teh terkenal di India.
Dalam video yang dimuat naik oleh Abdul Karim, salah seorang lelaki tersebut mendakwa bahawa beliau telah cuba
untuk menjemput Dolly ke Kuwait. Namun, syarat-syarat yang dikenakan benar-benar mengejutkan orang ramai.
Bayangkan, untuk sehari, Dolly Chaiwala mengenakan caj sebanyak 2,500 dinar Kuwait (kira-kira RM40,000) dan difahamkan bahawa bukan itu sahaja.
Peminat yang cuba menghubungi Dolly semakin terkejut apabila pengurus Dolly memaklumkan bahawa bayaran bukan sahaja RM38,000, tetapi juga perlu menempah hotel bertaraf empat atau lima bintang untuk dua orang—ya, kerana Dolly mahu membawa seorang teman lagi.
Segala urusan ini diuruskan oleh pengurusnya sendiri, bukan Dolly.
Bayangkan, Dolly Chaiwala terkenal sehingga mampu untuk melantik seorang pengurus untuk mengurus kehidupannya, dan tempahan untuk Dolly hanya untuk sehari seolah-olah tempahan selebriti antarabangsa.
Dengan bayaran sebanyak RM40,000, memang timbul persoalan: apa yang istimewa sangat sehingga perlu membayar begitu mahal? Walaupun Dolly Chaiwala terkenal sebagai personaliti media sosial yang popular, tidak semua orang sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu untuk satu hari sahaja.
Bagi lelaki tersebut, caj yang dikenakan memang membuatkan dia berfikir panjang. “Aku betul-betul persoalkan kewujudan aku sendiri,” katanya dalam sesi podcast tersebut, masih terkejut dengan bayaran yang dianggap tidak masuk akal ini.
Ramai influencer dan personaliti media sosial mengenakan harga tinggi untuk penampilan mereka di acara tertentu, tetapi jumlah yang dikenakan Dolly Chaiwala memang membuat ramai tertanya-tanya, adakah ia berbaloi?
Namun, bagi mereka yang sanggup membayar, mungkin terdapat sesuatu yang dianggap sebagai “nilai” di sebalik kehadiran Dolly Chaiwala—sama ada dari segi pendedahan media atau tarikan populariti yang dibawanya.
BACA: Ini 9 ciri-ciri JPJePlate yang bakal diperkenal untuk semua kenderaan