Hanya jadi ‘hero’ luar dewan rakyat, bila ada peluang nak ‘grill’ PM tapi ponteng pula.
Tiga pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) sekali lagi didakwa gagal memanfaatkan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) selepas tidak hadir di Dewan Rakyat ketika sesi terbabit berlangsung pagi ini.
Perkara itu dikongsikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitter selepas memuat naik gambar
memaparkan tempat duduk kosong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang).
“Ketua Pembangkang (Yang Berhormat Larut), Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Marang sekali lagi tidak muncul dan tidak bertanya soalan bagi PMQ.
“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hadir,” ciapnya.
Muhyiddin Yassin rayu pengundi sokong buat kali terakhir
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyindir tiga pemimpin berkenaan kerana tidak memanfaatkan sesi berkenaan untuk berdebat dan bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.
Sikap Presiden BERSATU, Presiden PAS dan Setiausaha Agung BERSATU itu, katanya, menggambarkan mereka bertiga cuma berlagak menjadi ‘hero’ di luar Parlimen.
“Tempat berdebat dalam Parlimen tetapi kamu tidak sanggup berdepan dan bertarung sebagai anak jantan.
Ketua Pembangkang (@hamzahzainudin_ YB Larut), @MuhyiddinYassin YB Pagoh dan @abdulhadiawang YB Marang sekali lagi tidak muncul dan tidak bertanya soalan bagi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).
YAB @anwaribrahim PM, YAB @DrZahidHamidi TPM, dan YAB @PetraJayaMP… pic.twitter.com/JV3wbvaqnc
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) March 28, 2023
“Belum pernah dalam sejarah Parlimen, Perdana Menteri berdepan (wakil rakyat) pada Selasa selama 30 minit, kita panggil PMQ, …Ahli Parlimen boleh tanya apa saja soalan, Perdana Menteri akan jawab,” katanya.
BACA:
Sekejapnya! Dah sahur berapa jam tu terus berbuka, ini negara tempoh berpuasa paling pendek
Baru tingkatan 2 dah bayar zakat RM10,000? Kaya betul mat! Rupanya ini cara pelajar ini masyuk!