Hanya curi chicken wing, wanita dipenjara 9 tahun

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Tertuduh memulakan aktiviti tersebut pada Julai 2020 dan meneruskannya hingga Februari 2022.

Seorang kakitangan sekolah di Illinois dijatuhi hukuman penjara hampir sedekad kerana mencuri kepak ayam

bernilai lebih AS$1.5 juta (RM6.67 juta), lapor akhbar Metro UK semalam.

Vera Liddell, 68, mengaku bersalah kerana memesan lebih 11,000 bungkusan kepak ayam dalam tempoh setahun

daripada pembekal yang ditetapkan dan mengambilnya menggunakan van kargo daerah.

Hanya curi chicken wing, wanita dipenjara 9 tahun

Pada waktu kejadian, Liddell merupakan pengarah perkhidmatan makanan di Sekolah Daerah Harvey. Makanan tersebut sepatutnya diserahkan kepada pelajar untuk dibawa pulang semasa mereka menghadiri kelas secara dalam talian semasa pandemik COVID-19, menurut pendakwa raya daerah Cook di Illinois.

Namun, pelajar-pelajar tersebut tidak menerima sebarang kepak ayam sepanjang tempoh tersebut.

Liddell memulakan aktiviti tersebut pada Julai 2020 dan meneruskannya hingga Februari 2022, kata Pejabat Peguam Negeri Daerah Cook.

Kegiatan jenayahnya mula terbongkar apabila laporan audit menunjukkan kos makanan melebihi bajet sebanyak AS$300,000 (RM1.3 juta) walaupun masih ada beberapa bulan lagi dalam tahun persekolahan.

Liddell didakwa mencuri dan mengendalikan perusahaan jenayah pada Januari tahun lalu dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun.

BAca: Achey terpaksa bersuara kes pertelagahan Jep, Shuib dan Mamat Sepah