Hanya 3 minit cara buat susu pekat manis sendiri, mudah sangat!

Oleh MHDAILY

Hanya 3 minit cara buat susu pekat manis sendiri, mudah sangat! Susu pekat manis antara bahan yang mesti ada di rumah. Kalau ramai ahli keluarga yang jenis suka bancuh teh tarik stok susu ini kena sentiasa ada.

Tapi kalau nak jimat bajet, boleh saja hasilkan sendiri. Proses buat cuma tiga minit dan hasilnya macam yang dijual di pasaran.

Kalau nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zan Zafirah Zainal

3 bahan saja

Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya.

Hanya 3 minit cara buat susu pekat manis sendiri, mudah sangat!

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan gula (raw sugar boleh kurangkan kuantiti untuk kurangkan manis)
  • 2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)

Cara buat:
1. Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!

2. Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender seketika.

3. Susu pekat yang dah siap kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti sejuk baru akan jadi pekat).

Susu ini sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain macam susu pekat manis yang biasa kita beli.

BACA:

‘Balu abam dah pakai Vellfire, kau asyik kena scam je’- Ali Puteh jawab kecaman

Lagi video hina islam tersebar, kali ini pemuda dari Kelantan pula buat hal

Majlis tahlil jadi kecoh! Motosikal selamba rempuh sampai jadi begini

Leave a Comment