Hannah Delisha rancang nak ada anak sebelum umur 30 Tahun ini sebabnya buat ramai terkejut

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Pelakon jelita, Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, mengakui perancangan keluarga sangat penting, terutama bagi pasangan yang sibuk dengan komitmen kerja.

Dalam temu bual bersama OhBulan!, Hannah menyatakan hasratnya untuk memiliki zuriat sebelum usia mencecah 30 tahun.

Namun, selepas mengalami keguguran, dia kini lebih memahami keperluan tubuh badannya.

“Sebelum saya gugur, saya percaya kalau tiba waktunya, Tuhan akan beri. Tapi kesilapan saya adalah tidak merancang dengan betul.

Kalau rezeki saya dapat anak selepas umur 30 tahun, saya terima sahaja kerana badan kita, perempuan, berbeza.

Hannah Delisha rancang nak ada anak sebelum umur 30 Tahun ini sebabnya buat ramai terkejut

Sekarang saya tahu tubuh saya perlu lebih rehat, terutamanya pada trimester pertama,” jelasnya.

Hannah turut berkongsi bahawa ibunya sering mengingatkan agar menjaga kesihatan, lebih-lebih lagi dengan jadual kerjanya yang tidak menentu sebagai seorang pelakon.

Pelakon ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan jenama Conboo di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur, pada Sabtu lepas.

Tiada Masalah Bawa Watak Penyondol

Beralih kepada perkembangan kerjayanya, Hannah mengakui tidak keberatan untuk membawakan watak kontroversi seperti ‘penyondol’. Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kehendak produksi dan permintaan stesen televisyen.

“Bagi saya, kalau jalan cerita menarik dan ada pelakon yang belum pernah saya bekerjasama, saya akan ambil tawaran itu. Pandangan saya terhadap cerita ‘penyondol’ pula di luar kawalan saya kerana itu yang stesen TV dan netizen mahukan,” katanya.

Hannah, yang merupakan selebriti kelahiran Singapura, menegaskan bahawa apa jua watak yang dimainkan hanyalah sekadar lakonan.

“Apa pun wataknya, ia tidak mencerminkan diri sebenar saya. Itu hanyalah kerja saya sebagai pelakon,” tambahnya.

Keterbukaannya terhadap pelbagai watak membuktikan komitmennya sebagai seorang anak seni yang terus ingin memberikan yang terbaik kepada para penonton.

BACA:

Leave a Comment