Hampir 20 tahun jadi ‘collector’ barang, sekali lain pula jadi bila Adun DAP datang nak buang semua barang hasil selaman.
SIKAP suka memgumpul barangan secara berlebihan (hoarding) bukan sahaja memudaratkan,
malah ia turut mengundang pelbagai masalah seperti pengurusan ruang dan sebagainya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menerusi ciapan di Twitter memaklumkan berkongsi kisah bertemu dengan seorang penghuni di salah sebuah program pembersihan di Flat Taman Ungku Tun Aminah, Johor pada Ahad.
Menurutnya, rumah penghuni tersebut dipenuhi dengan barangan yang dikumpul sejak 20 tahun lalu sehingga memakan ruang yang banyak dalam kediamannya.
Lebih mengejutkan, beliau berkata keadaan rumah berkenaan terlampau sesak sehingga jiran-jiran mereka tidak mengetahui penghuni rumah tersebut mempunyai dua orang anak yang tinggal sebilik.
“Aunty ni menangis-nangis tak beri kebenaran kami bersihkan. Tengok dalam rumah memang terkejut dengan keadaan tersebut.
“20 tahun kumpul barangan tersebut. Jiran pun terkejut tak tahu dia ada dua orang anak yang tinggal dalam satu bilik,” katanya dalam ciapan tersebut pada Ahad.
Keadaan rumah penghuni berkenaan yang dipenuhi barangan hasil kumpulnya sejak 20 tahun lalu. — Twitter @Marina_Ibrahims
Menjengah ke ruangan komen, pengguna Twitter @xatyrosdi bertanya kepada Marina jika beliau ada memujuk individu berkenaan untuk mengurangkan kesesakan barangan dalam rumah berkenaan.
Namun, Marina mengatakan bahawa wanita terbabit enggan menjual mana-mana barangan tersebut kepadanya, malah anaknya juga melarang beliau membersihkan rumah berkenaan.
“Jual (kepada) kita kata nak bagi duit pun tak nak. Dia menangis, Ahli Majlis pun cakap Bahasa Cina dengan dia.
“Aku suruh dia fikirkan anak-anak dia. Nak ke anak-anak dia jadi macam dia. Tapi tadi anak dia menjerit juga tak bagi bersihkan,” katanya.
Sementara itu, terdapat warganet lain yang mendedahkan kejadian sama turut berlaku di beberapa kawasan lain sekitar Johor melibatkan hoarding.
“Di Kluang pun ada sebuah rumah macam ini, tapi rumah tereslah.
“Banyak kali dah Majlis Perbandaran Kluang (MPK) datang bersihkan rumah dia, tapi nanti dia kumpul barang lagi sampai penuh rumah, mengganggu rumah jiran. Benda yg sama berulang-ulang berlaku,” dedah @nfamohdnasir.
“Dekat Taman Pelangi, Johor Bahru pun ada. Sudah dapat surat mahkamah pun masih berdegil. Rumah berpagar itu,” kata @Akupengembara1.
baca: