Hafiz Roshdi ceraikan bini rupanya dia beritahu dalam paid review, cerai pun main-main ya? Satu Malaysia kena game?

Oleh MHDAILY

Hafiz Roshdi ceraikan bini rupanya dia beritahu dalam paid review, cerai pun main-main ya? Satu Malaysia kena game? Sebentar tadi, kita dikejutkan dengan berita penceraian pelakon Hafidz Roshdi yang dikatakan sudah menjatuhkan talak satu terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri bersaksikan keluarga.

Posting ‘paid review’ cerai dari lemak Hafidz Roshdi

Susulan daripada itu, netizen telah ‘berpusu-pusu’ meninggalkan komen di posting terbaru Hafidz dengan mengatakan bahawa mereka hadir daripada Facebook.

Hafiz Roshdi ceraikan bini rupanya dia beritahu dalam paid review, cerai pun main-main ya?

Apa yang menarik perhatian ramai adalah posting ‘paid review’ Hafidz berkaitan produk pelangsingan tubuh yang menjadi dambaaan kebanyakan wanita di luar sana terhadap penjagaan fizikal.

Menerusi hantaran tersebut, ‘copywriting’ di tulis di ruangan kapsyen tersebut menyatakan dia sudah lama menanggung beban dan akhirnya ‘bercerai’ juga daripada lemak.

Kapsyen mengundang betul!


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila Hafidz sanggup mengambil ‘paid review’ yang menggunakan ayat sensitif lebih-lebih lagi melibatkan ‘cerai’.

Mereka berpendapat, perkataam yang digunakan oleh aktor berusia 28 tahun itu agak keterlaluan memandangkan ketika itu sedang ‘hangat’ isunya berlaku curang di belakang isteri.

BACA:

800 ekar tanah Kerajaan Persekutuan dibuka kepada golongan B40, Mohon Segera!

“Awak bawakan saya rasa gembira, ketawa dan cinta. Saya mahu lakukan semua perkara bersama awak,” Shila Amzah dilamun cinta