Hadiah juara Piala Dunia 2022 paling tak masuk akal. Badan Induk Bola Sepak Dunia (FIFA) dilaporkan telah memperuntukkan sejumlah wang iaitu sebanyak RM1.95 Billion kepada pasukan yang bertanding di Piala Dunia.
Kejohanan bola sepak berprestij di dunia ini kini berlangsung di Qatar pada tahun ini yang menyaksikan sainagn sudah pun sampai ke peringkat akhir.
Pada awal pagi ini, pertembungan bersejarah antara dua gergasi bola sepak dunia, Argentina dan juga Perancis bakal menentukan siapa yang dinobatkan selaku jaguh baharu di pentas Piala Dunia.
Namun begitu, jumlah wang yang ditawarkan kepada setiap pasukan dilihat sebagai luar biasa dna sangat lumayan.
Bagi pasukan yang mengakhiri saingan pada peringkat kumpulan seperti Jerman, Belgium dan lain-lain, mereka dijangka akan diberikan wang berjumlah RM40 juta.
Pasukan yang layak ke peringkat pusingan 16 terbaik dan suku akhir pula masing-masing akan mendapat RM 58 dan RM 76 juta setiap pasukan.
Hadiah lumayan menanti juara Piala Dunia yang dijangka menerima RM186 juta manakala naib juara pula akan mendapat RM133 juta.
Croatia yang meraih tempat ke-3 semalam menerima RM119 juta manakala Maghribi sebanyak RM111 juta.