Hadi dijadual menghadap Sultan Perak pukul 11 pagi esok

Hadi dijadual menghadap Sultan Perak pukul 11 pagi esok

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan menerima menghadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Istana Kinta, Ipoh pada pukul 11 pagi Selasa.

Bernama melaporkan, Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini telah memaklumkan tentang tarikh untuk Abdul Hadi menghadap Sultan Perak.

Baru-baru ini, Abdul Hadi mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon menghadap Sultan Nazrin bagi menyatakan niatnya untuk memaklumkan mengenai ‘situasi politik yang melibatkan Pas’.

Sebuah portal melaporkan Abdul Hadi memohon menghadap Sultan Perak untuk ‘memohon pengampunan’ ekoran keputusan membatalkan jadual menghadap tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pas ketika krisis politik Perak baru-baru ini.

Pas sebelum ini menjelaskan bahawa ia memutuskan untuk ‘menangguhkan’ menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan Pusat parti itu belum memutuskan sokongannya terhadap ADUN Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Parti itu juga menolak tuduhan bahawa ketidakhadiran itu merupakan tindakan derhaka terhadap sultan.

Berita penuh ; https://www.astroawani.com/berita-politik/hadi-dijadual-menghadap-sultan-perak-esok-273072

COMMENTS