Habis semua tanaman mati, penduduk resah nak bagi keluarga makan apa

Oleh MHDAILY

Habis semua tanaman mati, penduduk resah nak bagi keluarga makan apa. Selama hampir sedekad, seorang petani, Qin Bin, 50, mengusahakan tanaman buah pic dan buah naga untuk dijual kepada pengunjung yang datang ke ladangnya di Chongqing.

Namun, hasil tanaman tahun ini tidak menjadi sama sekali akibat musim panas yang disifatkan amat teruk sehingga menyebabkan separuh daripada China mengalami kemarau.

“Ini merupakan kali pertama insiden seperti ini berlaku. Sepatutnya kami sudah boleh menuai hasil tanaman ketika ini.

“Namun, semua tanaman saya sudah mati akibat cuaca panas melampau,” keluhnya.

Bahagian selatan China merekodkan cuaca panas berterusan, menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dicatu, sekali gus menjejaskan banyak petani.

Habis semua tanaman mati, penduduk resah nak bagi keluarga makan apa

Keadaan itu menyebabkan kerajaan Beijing berjanji menghulurkan bantuan kepada para petani bagi mengurangkan kerugian yang mereka alami.

Namun, bagi Bin, sebarang bantuan mungkin sudah terlambat kerana sumber pendapatannya sudah ‘musnah sama sekali’.

“Kerajaan hanya boleh bantu kami dengan bekalkan anak pokok, bukannya hasil tanaman yang boleh dijual terus.

“Kami masih perlu menunggu kesemua anak pokok itu membesar dan mengeluarkan hasil,” ujarnya. – AFP

BACA:

National Geographic kena kecam, salah sebut Singapura di Malaysia

Pemakaian pelitup muka akan dimansuh? Ini jawapan MPN

Kazim Elias terima 800 offer rawat penyakitnya, pilih ke Arab pergi berubat