“Habis kena londeh” – Kawan Puteri Sarah dedah sikap Syamsul yang sebenar. Umum mengetahui kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dengan suami yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sejak beberapa tahun lalu disebabkan kehadiran ‘orang ketiga’ masih lagi menjadi bualan ramai sehingga kini.
“Time Dia Tergila-gilakan Sarah…”
Terkini, rakan kepada Puteri Sarah menerusi Insta Stories yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pihak sana apabila mengenang semula momen pernikahan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.
“Kalau dikenang balik momen ni, rasa kecewa sangat. Time dia tergila-gilakan Sarah, time tu jugak dia nak size cincin. Dia tak kira dah Sarah tengah busy outstation ke, tengah shooting ke dia peduli apa.”-Kongsi Rakan Puteri Sarah
Sanggup ‘Skodeng’ Puteri Sarah Dari Jauh Waktu Bekerja
Tambahnya lagi, beliau turut menceritakan sikap individu terlibat yang terlalu cemburu sehingga sanggup mengintip Puteri Sarah dari jauh ketika sedang sibuk bekerja.
“Hari majlis merisik pun nak bergaduh, perangai macam budak-budak. SY ni ni cemburu nak mampos ye. Dia boleh skodeng Sarah dari jauh waktu Sarah kerja. Dengan erti kata lain dia sangat mengongkong Sarah!”-Dedah rakan Sarah
Jadikan Teladan Buat Semua Orang
Dalam pada itu, dia menyatakan bahawa tujuannya membuat pendedahan semikian adalah kerana rasa sakit hati apabila melihat komen segelintir netizen yang tidak mengetahui kisah sebenar dan mahu menjadikan ia sebagai teladan buat semua orang.
“Tujuan aku post ni bukan saja-saja nak ajak korang bersembang ye. Aku memang dah lama nak post sebab sakit hati tengok komen netizen yang tak tahu hujung pangkal cerita.
Aku nak korang yang baca ni jadikan isu yang belum ada titik noktah ni sebagai teladan untuk kita bersama.”-Tulis rakan Sarah
‘Flight delay’ 5 hari, penumpang terpaksa keluarkan simpanan ASB untuk bayar hotel
“Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah”, Fyna sah isteri Zainal Abidin
‘Saya tak nak cakap soal kecewa’, Ini jawapan Yusof Haslam tentang Shamsul sambil menangis