Guna teknik simpan ni, baru santan kotak lambat basi lepas buka

Oleh SURIANI HAMDAN

Zaman sekarang ramai yang menggunakan santan kotak kerana tidak mahu beratur lama dan ia adalah lebih senang untuk dibeli.

Ada yang jenis suka beli santan kotak yang kecil-kecil tapi ada juga memilih beli santan kotak besar terus untuk menjimatkan duit.

Tapi biasanya santan ni kalau dua tiga hari terbiar, dia akan jadi basi dan akhirnya dibuang ke dalam singki.

Rupanya ada cara nak jimat kalau guna santan kotak besar ni, hanya dua bahan sahaja!

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Nelisa Sofea menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Guna teknik simpanan ni, baru santan kotak lambat basi lepas buka

Bahan-bahan:

Santan kotak besar
Plastik ais krim
Cara-cara:

Masukkan santan ke dalam plastik ais krim, ikut bajet sekali pakai bila masak.

Santan ni pekat jadi packing sikit-sikit pun dah cukup.

Lepas dah masukkan santan, terus ikat dan masukkan di peti ais bahagian bawah.

Jangan letak di bahagian freezer cukup sekadar di bawah sahaja sebab nanti santan jadi berketul.

Ambil bila nak masak dan guna seperti biasa.

Pastikan labelkan tarikh luput kat santan tu, barulah senang nak tahu mana ia masih elok atau tidak.

Bagi nak yang jimat santan segar pula, dinasihatkan untuk letak di bahagian freezer barulah ia boleh tahan lama.

Baca juga:“Stress murid lebih penting. Diambil maklum” Kementerian Pendidikan abai kesihatan mental guru?