Guan Eng yang cadang beri Kelantan RM400juta, tapi mereka beli Mercedes – Tun M

Guan Eng yang cadang beri Kelantan RM400juta, tapi mereka beli Mercedes – Tun M

Mahathir dalam satu wawancara berkata meskipun DAP menjaga kewangan negara, namun bantuan tetap diberikan kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS.

“Kelantan hampir muflis, nak bayar gaji tak boleh, Lim Guan Eng yang cadangkan supaya Kelantan diberi secara sekali ‘one off’ RM400 juta, Terengganu RM200 juta, ini bukan negeri PH.

“Tapi dia negeri Melayu, dia (Guan Eng) tahu masalah…Soal Kelantan nak beli (kereta)Mercedes dia punya masalah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai legasi yang ditinggalkanya dalam tempoh 22 bulan memimpin kerajaan, Mahathir berkata peralihan kuasa tanpa sebarang kekecohan dan pertumpahan darah juga adalah sesuatu yang boleh dibanggakanya.

“Kita kena fikir biasanya bila berlaku pertukaran kerajaan akan berlaku keganasan. Kita tukar kerajaan yang berusia 60 tahun kepada kerajaan baru tanpa sebarang masalah.

“Kalau tengok tempat lain sampai berperang, sampai membunuh tapi di Malaysia tak ada.

“Ini adalah satu kejayaan, kedua kita bentuk Kabinet daripada parti berbeza dan Kabinet ini dapat bekerja dan berfungsi, 22 bulan (Kabinet) ini dapat membuat keputusan bagi mengurus dan menjadikan kerajaan yang bersih,” katanya lagi.

Berita penuh : https://negaramerdeka.com/kelantan-hampir-muflis-guan-eng-cadang-bagi-rm-400-juta-tun-mahathir/

COMMENTS