Golongan belia paling ramai muflis cecah 200,000 orang! Pemuda ini kongsi tips macam mana selesaikan masalah ini

Oleh MHDAILY

Golongan belia paling ramai muflis cecah 200,000 orang! Pemuda ini kongsi tips macam mana selesaikan masalah ini.

Sedar atau tidak, sebenarnya lebih 200,000 rakyat Malaysia terbeban dengan masalah muflis dan disenaraihitamkan pihak perbankan!

Kata Pengarah Urusan Lulus.my, Mohd Hasrul Syafiq Mohd Ismail, individu muda berusia 25 hingga 44 tahun antara yang paling ramai muflis.

Golongan belia paling ramai muflis cecah 200,000 orang! Pemuda ini kongsi tips macam mana selesaikan masalah ini

“Antara faktornya ialah kos taraf hidup yang semakin meningkat, pasangan yang suka meminjam nama untuk membuat hutang dan gaya hidup.

“Pasukan kami (Lulus.my) terdiri daripada bekas kakitangan bank yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan kredit dan hutang.

“Kami telah melihat secara langsung betapa sukarnya bagi mereka yang mempunyai rekod CCRIS yang buruk untuk mendapatkan sebarang pembiayaan yang mereka perlukan kerana kebanyakkan institusi kewangan tidak akan memberi pinjaman kepada mereka yang mempunyai sejarah kredit yang kurang baik.

“Apabila individu ini tidak berjaya untuk mendapatkan sebarang pembiayaan daripada pihak bank, mereka sering mendapatkan pinjaman alternatif yang mungkin boleh menjerat dalam kemelut kewangan yang lebih serius di kemudian hari.

“Sebenarnya masih ramai lagi individu yang tidak sedar bahawa mereka masih layak untuk mendapat peluang kedua.

“Oleh itu, kesedaran tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Lulus.my perlu diwar-warkan agar ia dapat memberikan satu impak positif dalam usaha membantu rakyat Malaysia menangani cabaran kewangan dan hutang yang dihadapi,” katanya.

Justeru, Lulus.my bertindak melantik penyanyi dan komposer, Ryan Deedat sebagai duta untuk berkongsi pengalaman dan memberikan panduan tentang pengurusan kewangan dan hutang.

pemilihan Ryan Deedat sesuai dengan kempen yang dibawakan Lulus.my dengan memilih Edutainment sebagai kaedah masa kini untuk memberi informasi yang berguna pada pelanggan.

“Dengan Ryan Deedat sebagai duta jenama, kami yakin akan terus menyediakan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan yang dihargai. Kami menantikan perkongsian baharu ini dan kemungkinan menarik yang dibawanya.

“Edutainment merupakan satu kaedah baharu yang sering diguna pada masa kini untuk memberi informasi yang berguna pada pelanggan.

“Dengan adanya edutainment ini, ia boleh membantu lebih ramai pelanggan yang gemar mengunakan media social sebagai tempat untuk mendapatkan infomasi.

“Bukan sahaja itu, Malah Ryan juga merupakan pelajar sarjana pengurusan perniagaan jadi beliau mempunyai pengetahuan tentang ilmu dalam kewangan. Ini dapat menbantu masyarakat untuk mengetahui lebih banyak tentang ilmu kewangan,” tambahnya

BACA:

“Welcome”, Najib ucap selamat datang kepada Muhyiddin

Dah jadi banduan akhir pun ada selera nak makan, ini senarai makanan yang diminta no.7 tu paling tak masuk akal!