Semakin hari, aktiviti berjudi dilihat semakin mudah untuk diakses.
Hanya dengan menggunakan telefon pintar, seseorang sudah mampu berjudi dengan harapan mampu meraih wang berganda.
Terbaharu, aktiviti yang sememangnya diharamkan buat umat Islam ini diiklankan menerusi sebuah syarikat judi.
Pelik tapi benar, syarikat judi ini tampil dengan lagu raya sempena Aidilfitri yang bakal tiba dalam mengajak orang ramai menggunakan servis mereka dalam meraih wang berganda.
Lebih mengejutkan, syarikat ini turut menggunakan pelakon Muslim yang tampil dengan imej bertudung menerusi iklan mereka. Iklan yang dihasilkan ini nampaknya telah mengejutkan ramai serta mengundang kepada kecaman para netizen.
Done Report Spam n Misleading.. https://t.co/7bDzHb0qNa
— Kurt (@drstone6800) April 15, 2021
Cannot brain la how can company buat iklan raya. Or memang ramai muslim yang main? https://t.co/VR3eSdlmMr
— حاريث (@_harithhz) April 14, 2021
Otak dia… yg amik job iklan ni pun tak boleh blah.. 👊🏽 https://t.co/JQNZ2WVyWo
— space-wanderer 🌙 (@YattShariffudin) April 15, 2021
Tak campur lagi influencers bertudung promote judi https://t.co/pYcfchDmVd
— Mimieoww (@nefertiti4lyfe) April 15, 2021
Video iklan lagu raya yang baru sahaja dimuat naik hampir seminggu di YouTube ini dilihat sudah mulai meraih lebih 50,000 tontonan daripada para penonton. Diharap umat Islam tidak terlibat dengan aktiviti yang sememangnya diharamkan ini.
BAca:
“Ustaz Wadi Annuar perlu jelaskan sama ada tipu, lupa atau dikhianati?” – Dr Rozaimi