Geng bumi rata dakwa jogging adalah propaganda untuk melariskan produk ‘Yahudi’

Oleh FAHMI ABBAS

Tular di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa bahawa jogging adalah satu penipuan yang dirancang oleh Yahudi

untuk menyebarkan propaganda mereka, khususnya melalui jenama terkenal seperti Nike dan Adidas.

Lelaki tersebut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berlari atau jogging,

sebaliknya menggalakkan jalan kaki laju sebagai aktiviti yang lebih baik untuk kesihatan.

Dakwaan beliau bukan sahaja mencetuskan pelbagai soalan dan perdebatan,

Geng bumi rata dakwa jogging adalah propaganda untuk melariskan produk 'Yahudi'

malah mencabar cara fikir masyarakat mengenai aktiviti senaman yang selama ini dianggap baik untuk kesihatan.

Dalam video itu, individu tersebut menegaskan bahawa jenama seperti Nike dan Adidas telah mencipta satu bentuk “penipuan besar” dengan mempromosikan jogging semata-mata untuk menjual kasut mereka.

Menurutnya, jogging kononnya akan merosakkan kaki, tisu, dan penjajaran badan manusia, malah beliau menyatakan bahawa berjalan kaki laju lebih efektif untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak tepu.

Beliau juga menyarankan aktiviti sukan lain seperti memanah, menunggang kuda, berenang, dan berbasikal, yang menurutnya lebih selamat dan sihat daripada berlari.

Namun, adakah jogging benar-benar satu penipuan yang dirancang oleh syarikat kasut, atau ia sebenarnya salah satu bentuk senaman yang terbukti bermanfaat?

Menurut pakar kesihatan, kajian saintifik dan laporan daripada Better Health menunjukkan bahawa jogging mempunyai banyak kelebihan.

Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular, menguatkan otot, serta meningkatkan tahap stamina dan mental.

Risiko kecederaan daripada jogging biasanya berlaku jika tidak dilakukan dengan betul, seperti menggunakan kasut yang tidak sesuai atau tidak melakukan pemanasan yang mencukupi.

Dakwaan bahawa jogging adalah propaganda Yahudi dan disokong oleh jenama seperti Nike dan Adidas untuk melariskan kasut mereka sememangnya kedengaran tidak masuk akal.

Teori ini cuba mengaitkan aktiviti fizikal dengan agenda global yang lebih besar, satu naratif yang biasa dilihat dalam banyak teori konspirasi.

Namun, ramai yang berpendapat bahawa teori ini tidak berasas dan lebih kepada spekulasi tanpa fakta yang jelas.

BACA: ‘Nampak tua, macam aplikasi tahun 1997’ Laman web MyDigital ID dikecam netizen