Gempar !!! Zahid dedah dirinya ‘diugut’ untuk berhenti atau ‘masuk dalam’

Gempar !!! Zahid dedah dirinya ‘diugut’ untuk berhenti atau ‘masuk dalam’

Presiden Umno Zahid Hamidi hari ini meratap panjang berkaitan cabarannya membina kembali Umno selepas tewas dalam pilihan raya umum 2018.

Dalam bahasa berbunga-bunga, dia antaranya mendakwa berdepan ugutan supaya berhenti “bertukang” – yang mungkin dimaksudkan dengan membina kembali Umno.

“Sekembali memahat, diugut pula seteru supaya henti bertukang.

“Jika tidak ke dalam kau rasakan,” kata anggota parlimen Bagan Datuk di Facebook.

Zahid yang juga pengerusi BN bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas dakwaan itu, termasuk identiti pihak terlibat.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan lanjut pihak Zahid berkaitan dakwaan itu.

Ini bukan kali pertama Zahid “bermadah” seperti ini.

Pada 2 Februari – kira-kira dua minggu lalu – dia memohon maaf kepada orang ramai jika isu-isu rakyat dibangkitkannya tidak dilayan pihak berwajib.

Katanya, walaupun memegang jawatan tinggi dalam Umno dan BN, dia tidak memegang tampuk pentadbiran negara.

Dia juga berkata menteri BN dalam kerajaan tidak mempunyai kuasa mutlak dan “ada kuasa yang lebih mendahului mereka”.

Perkara itu timbul ketika ramai pemimpin Umno tampil lantang mengkritik dasar dan pendekatan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, khususnya dalam isu bantuan kewangan ketika Covid-19.

Umno tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) – gabungan Bersatu, PAS dan Gerakan – walaupun anggota parlimennya menyokong pembentukan kerajaan itu.

Sementara itu, Zahid berkata dia tidak akan mempedulikan cabaran dihadapinya kerana dia “percaya pada keagungan tuhan”.

“Mereka takutkan bayang-bayang. Mereka tahu ‘rumah agam’ Umno sedang dipulih.

“Mereka takut dan resah mahu mengagalkan. Namun aku yakini kudrat ini tidak akan pernah berhenti,” katanya.

Dalam luahan perasaan sama, Zahid mengimbas kembali apa yang berlaku selepas Umno kecundang kali pertama dalam sejarahnya pada 9 Mei 2018 di tangan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, ketika menggantikan Najib Razak sebagai presiden Umno, dugaan dihadapinya amat berat.

“Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Namun amanah dan baiah kepada tuhan azimat penguat semangat,” katanya.

Dia juga mengimbas kembali bagaimana “diugut rakan supaya beredar”, di samping ada yang meninggalkan perjuangan Umno.

“Sesiapapun yang diamanahkan akan mereka gasak supaya tiang kekal tidak berseri, kerana itu matlamat utama mereka,” katanya.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/563307