Gempar !!! Usahawan vape dakwa pegawai kanan SPRM minta rasuah RM20 juta

Gempar !!! Usahawan vape dakwa pegawai kanan SPRM minta rasuah RM20 juta

Seorang usahawan rokok elektronik (Vape) yang ditahan sebelum ini kerana disyaki ada kaitan dengan sindiket perjudian atas talian dan Macau Scam melibatkan Alvin Goh dan Addy Kanna mendakwa telah diugut oleh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai kanan terbabit dilapor meminta wang berjumlah RM20 juta, beberapa buah kereta mewah dan saham perniagaan daripada mangsa sebagai ganti untuk dilepaskan dari siasatan kes berkenaan.

Menurut laporan chinapress.com.my, pegawai dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya tiba di rumah mangsa yang berusia 32 tahun di Jalan Desa Melawati,Taman Melawati, Kuala Lumpur pada jam 7 pagi, 2 Oktober lalu bagi menyiasat kesnya yang melibatkan Alvin Goh dan Addy Kanna.

Ketika membuat laporan itu, ahli perniagaan berkenaan mendakwa pegawai tersebut telah menggeledah rumahnya dan merampas dua buah beg tangan jenama LV mengandungi wang tunai berjumlah RM1.7 juta.

Dia mendakwa, ketika dibawa ke ibu pejabat SPRM untuk disoal siasat, pegawai SPRM telah mengugutnya dengan mengatakan jika dia enggan mengaku terlibat dengan kes berkenaan, mereka akan turut menahan ibunya untuk membantu siasatan.

Katanya keesokkan hari selepas ditahan, seorang kontraktor, kawan kepada pegawai kanan SPRM berpangkat Datuk telah mengugutnya supaya memindah milik tiga buah kenderaan, memberikan RM20 juta wang tunai dan menyerahkan saham syarikat, jika tidak dia akan berdepan dengan siasatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Dakwanya lagi, selepas diugut oleh kontraktor berkenaan, seorang pegawai SPRM (dengan awal nama N) muncul memberitahu bahawa kontraktor berkenaan mempunyai hubungan baik dengan pegawai kanan SPRM tersebut dan memberitahu, jika mahu kes itu diselesaikan dengan lancar, kamu perlu patuh dengan syarat-syarat diberikan oleh kontraktor tersebut.

Menurut usahawan itu, oleh kerana merasa takut dia akhirnya bersetuju untuk memindah milik sebuah kereta mewah jenis Hammer H2 dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davison kepada ‘datuk’ berkenaan.

Usahawan itu dilaporkan telah dibebaskan dengan ikat jamin pada 6 Oktober lalu, dan memperolehi kembali wang tunai RM90,000 serta barangan kemas milik ibunya.

Usahawan itu kemudian, telah pergi ke Gudang SPRM di Jalan Conchrane, Cheras seperti yang telah dijanjikan dan menurunkan tandatangan dalam sebuah dokumen untuk memindah milik dua kenderaan diperhatikan oleh kontraktor tersebut.

Tidak lama kemudian katanya, dia berjumpa dengan “Pegawai N” mengatakan mahu memulangkan barangan yang dirampas lebih awal. Ketika dia dan “Pegawai N” pergi ke bank untuk menghitung wang tunai terbabit, mereka mendapati jumlah wang tunai yang dipulangkan tidak sepadan dengan borang rampasan SPRM.

Pada 3 Disember lalu, usahawan itu bertemu lagi dengan “pegawai N” dan seorang lagi pegawai SPRM “dengan pangkal nama H” dan diminta untuk membayar RM300,000 bagi mendapatkan semula kenderaan yang dirampas.

Sebuah lagi kereta jenis Subaru Impreza telah diperolehi namun mangsa enggan membayar dengan alasan tidak mempunyai wang.

Sumber — https://www.milosuam.net/2020/12/usahawan-dakwa-pegawai-kanan-sprm-ugut.html#ixzz6g6tR4Uuy

COMMENTS