Gempar !!! Sesuatu akan berlaku dalam Umno dalam masa terdekat

Oleh MHDAILY

Pemerhati dan penganalisis politik menjangkakan ‘perang saudara’ dalam UMNO bakal meletus susulan pendirian parti itu yang tidak mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut mereka, bibit-bibit peperangan itu sememangnya telah lama timbul selepas wujud dua kem yang mempunyai pendirian berbeza berhubung kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kewujudan dua kem dalam UMNO iaitu kumpulan yang mahu kekal memberikan sokongan kepada PN seperti mana yang termaktub dalam Muafakat Nasional (MN) dan satu kumpulan lagi ‘berminat’ untuk bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sememangnya telah menjadi rahsia terbuka parti tersebut.

Baca Artikel Penuh