Gempar !!! Operasi kilang perabot dihentikan serta – merta selepas 500 lebih pekerja positif Covid-19

Gempar !!! Operasi kilang perabot dihentikan serta – merta selepas 500 lebih pekerja positif Covid-19

Lebih 500 pekerja sebuah kilang perabot di Bukit Pasir, Muar, Johor, disahkan positif Covid-19, sekali gus memaksa pengurusan menutup operasinya.

Sejumlah 1,400 kakitangan tempatan dan warga asing Poh Huat Furniture Industries Sdn Bhd (PHFI) menjalani saringan untuk virus itu pada 21 Jan lalu.

Daripada jumlah itu, 543 daripada mereka disahkan positif Covid-19, Poh Huat Resources Holdings Berhad yang memiliki kilang perabot itu, memberitahu Bursa Kuala Lumpur.

Operasi Poh Huat Furniture kini diberhentikan hingga 3 Feb dan mungkin dilanjutkan, tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan.

Poh Huat Resources berkata, penutupan itu dijangka menyebabkan kilang berkenaan lewat dalam memenuhi eksport barangannya kepada pelanggan di Amerika Syarikat. – FMT