Gempar !!! Menjelang sidang parlimen, dua ahli parlimen PKR bakal umum sokong PN?

Oleh MHDAILY

Tular di dalam media sosial, khabar terbaru yang mengatakan 2 orang MP Pakatan Harapan dari Parti Keadilan Rakyat akan membuat pengumuman menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber tersebut, MP yang terlibat ialah Larry Sng, MP Julau dan Steven Choong, MP Tebrau.

Larry Sng pernah membuat kejutan dengan mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Keadilan Sarawak namun ditolak kemudiannya. Dia juga dianggap seorang yang rapat dengan presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, kedua-dua MP yang dikaitkan itu masih mengunci mulut.

Sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua MP tersebut.

Untuk info, Muhyiddin yang mengetuai kerajaan Perikatan Nasional dengan kurang majoriti. Mengikut data terkini, Muhyiddin mengetuai kerajaan dengan 110 MP sahaja.

Dengan perkembangan terbaru ini, ianya pasti dapat menyelamatkan kerajaan Muhyiddin dari tumbang.

Berita Penuh :https://negaramerdeka.com/panas-2-lagi-mp-pkr-bakal-isytihar-sokong-muhyiddin/