Seorang pesalah khalwat berulang di Terengganu telah menjalani hukuman sebatan syariah di hadapan kira-kira 70 orang awam di Dewan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, hari ini.
Mohd Affendi Awang, 42, seorang duda dan bapa kepada lima anak, dikenakan hukuman enam sebatan atas kesalahan berkhalwat berulang. Hukuman tersebut dilaksanakan oleh pegawai Jabatan Penjara Malaysia.
Mohd Affendi menjadi individu pertama di Terengganu yang menjalani hukuman sebatan syariah di khalayak ramai,
Disaksikan sekitar 70 orang hadirin yang dibenarkan masuk ke dewan masjid.
Beliau, yang kini menjalani hukuman di Penjara Marang, tiba di pekarangan masjid pada jam 2.29 petang dengan diiringi warden penjara.
Memakai seragam penjara berwarna oren dan pelitup muka, dia dikawal ketat semasa dibawa masuk ke dewan. Proses sebatan berjalan lancar, dan beliau dibawa keluar dari dewan sekitar jam 3 petang.
Pada 20 November lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman ini setelah Mohd Affendi mengaku bersalah atas kesalahan berkhalwat buat kali ketiga. Hukuman tersebut ditetapkan oleh Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, yang memperuntukkan hukuman sebatan.
Selain enam sebatan, Mohd Affendi juga dikenakan denda RM4,000 atau hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda, yang akhirnya membawa kepada hukuman penjara.
Sebelum ini, pada 11 Julai 2023, Mohd Affendi pernah dikenakan denda RM2,700 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman atas kesalahan khalwat.
Dia sekali lagi didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 25 Januari lalu, dan Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman empat sebatan serta denda RM3,000.
Pelaksanaan hukuman sebatan ini pada asalnya dijadualkan pada 6 Disember lalu. Namun, dua hari sebelumnya, kerajaan negeri memutuskan untuk menangguhkan hukuman sementara bagi memberi laluan kepada permohonan semakan keputusan.
Thank you, I have just been searching for information approximately this topic for a while and yours is the best I have found out so far. However, what in regards to the bottom line? Are you certain concerning the supply?
tupaiwin tupaiwin