GEMPAR | Hishamuddin umum letak jawatan

Oleh MHDAILY

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan peletakan jawatan itu bermula 1 Januari 2021.

Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Kuala Nerus itu sudah pasti menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat setia skuad Penyu kerana beliau baharu sahaja menyambung tugas itu tidak sampai sebulan ketika Kongres Tahunan PBSNT pada 3 Disember lalu.

Selain itu sepanjang berkhidmat dengan badan induk bola sepak negeri, beliau berjaya membantu pasukan itu muncul naib juara Piala Malaysia pada 2018, ketiga Liga Super musim ini serta layak beraksi pada pentas Piala AFC musim depan.

Baca Artikel Penuh