Gempar!!! Bill Gates minta Bitcoin diharamkan, boleh bawa jenayah

Gempar!!! Bill Gates minta Bitcoin diharamkan, boleh bawa jenayah

Bitcoin kini menjadi tumpuan dunia apabila berjaya mencapai rekod bernilai tinggi sepanjang masa. Bagaimanapun, bagi Bill Gates, dia mempunyai pandangan negatif terhadap mata wang digital ini.

Dalam satu temu bual bersama The Wall Street Journal, Bill Gates mengatakan kewujudan Bitcoin dan aset digital lain adalah berbahaya kerana dapat memicu kepada kegiatan jenayah. Disebabkan itu, dia mencadangkan agar Bitcoin diharamkan.

“Cara cryptocurrency berfungsi hari ini mungkin untuk melakukan aktiviti jenayah tertentu. Alangkah baiknya jika ia disingkirkan,” kata Gates seperti dilaporkan oleh Money Control.

Gates bukanlah peminat Bitcoin, tetapi komennya ini menunjukkan bahawa dia merasakan bahawa mata wang digital ini lebih terdedah kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mahu mencuci duit.

Bagaimanapun, Gates menyatakan bahawa dia tidak dapat meramal perkembangan Bitcoin di masa hadapan. Dia menjelaskan kenaikan dan kejatuhan Bitcoin adalah berdasarkan semangat atau keinginan yang berlebihan sehingga ia sukar untuk untuk diramal.

Untuk rekod, pandangan Gates mengenai Bitcoin sebenarnya tidak berubah sejak tahun 2018. Dia dari dulu lagi menyuarakan rasa tidak yakin akan masa depan Bitcoin. Gates sebenarnya berpendapat bahawa mata wang digital bukanlah perkara yang baik.

Berita Penuh :https://www.thevocket.com/bill-gates-dakwa-bitcoin-bahaya-minta-ia-diharamkan/