Gempar !!! Bayaran pindah milik hartanah di Pahang naik 500 peratus?

Oleh MHDAILY

Dalam diam-diam Kerajaan Negeri Pahang rupanya telah menaikkan kadar bayaran pendaftaran pindahmilik hartanah berkuatkuasa mulai 1 Disember 2020 yang lalu di bawah Kaedah-kaedah
Tanah (Pindaan) Pahang 2020 (Pindaan 2020).

Melalui penguatkuasaan warta tersebut, kadar bayaran pendaftaran pindahmilik telah dinaikkan kepada 50% dari duti setem yang perlu dibayar.

Sebelum ini, kadar bayaran pendaftaran pindahmilik yang dikenakan adalah berdasarkan kepada nilai sesuatu hartanah.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Misalnya, bagi hartanah yang bernilai di antara RM100,000 hingga RM250,000, bayaran pendaftaran pindahmilik yang dikenakan adalah RM400.

Namun kini dengan kenaikan kadar baru tersebut, bayaran pendaftaran pindahmilik untuk semua jenis hartanah adalah 50% dari duti setem yang perlu dibayar kepada LHDN.

Contohnya bagi suatu hartanah yang bernilai RM250,000, duti setem yang perlu dibayar kepada LHDN adalah RM4,000 dan oleh itu, bayaran pendaftaran pindahmilik yang dikenakan oleh Pejabat Tanah dan Galian dan seluruh Pejabat Tanah di Negeri Pahang adalah
RM2,000, berbanding hanya RM400 sebelum ini, iaitu lebih kurang kenaikan bersamaan 500%.

Ini merupakan suatu kenaikan yang sangat melampau sedangkan kerajaan negeri Pahang baru sahaja menaikkan kadar bayaran pendaftaran pindahmilik tersebut pada tahun 2016 yang lalu. Hanya tak sampai 5 tahun, mahu dinaikkan lagi kadar bayaran tersebut. Apakah rasionalnya kenaikan tersebut?

Tatkala rakyat negeri Pahang sedang berhadapan dengan kesusahan akibat masalah ekonomi yang tidak menentu berpunca daripada pandemik COVID19, PKPB dan darurat serta bencana banjir yang belum pulih sepenuhnya, kerajaan negeri Pahang dilihat bertindak tidak adil menindas rakyat negeri Pahang dengan “menghadiahkan” kadar bayaran pendaftaran pindahmilik yang tidak masuk dek akal.

Cuba bayangkan, berapa banyak kos tambahan yang perlu ditanggung oleh seseorang pembeli hartanah yang ingin membeli hartanah di negeri Pahang.

Akhirnya, peguam hartanah seperti kami juga yang menjadi mangsa. Pembeli akan menyalahkan peguam kononnya menaikkan kos guaman.

Padahal kenaikan kos guaman tersebut adalah akibat daripada kenaikan bayaran pendaftaran pindahmilik yang perlu di bayar kepada Pejabat Tanah, bukannya diperolehi oleh peguam.

Sudahlah pasaran hartanah di negeri Pahang ini semakin tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Dengan kenaikan kadar bayaran pindah milik tersebut, sudah pasti akan menjadikan pasaran hartanah di negeri Pahang menjadi semakin lembab.

Pembeli mungkin berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah akibat kenaikan kadar bayaran pendaftaran pindahmilik tersebut.

Akhirnya keseluruhan industri hartanah di negeri Pahang ini akan terjejas.

Justeru Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI) mendesak agar kerajaan negeri Pahang dapat menarik balik atau setidak-tidaknya menangguhkan penguatkuasaan kadar bayaran tersebut sehingga satu kajian menyeluruh yang melibatkan pandangan semua stakeholder dilakukan.

Sekiranya perlaksanaan kadar bayaran tersebut diteruskan juga, biarlah rakyat menilai sejauh mana cakna nya kerajaan negeri Pahang ini ingin membantu rakyat.

K-LITERASI juga menyarankan agar mereka yang bercadang ingin membeli hartanah dalam negeri Pahang menangguhkan dulu pembelian hartanah buat sementara waktu sehingga kerajaan negeri Pahang menarik balik kadar bayaran tersebut.

Langkah ini sebagai salah satu cara untuk rakyat mendesak kerajaan negeri supaya menarik balik perlaksanaan kadar baru pendaftaran pindahmilik tersebut.

 

p/s : Sila LIKE dan SHARE kenyataan ini supaya lebih ramai rakyat negeri Pahang tahu dan sedar akan perkara ini.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI) – FB