Gempar !!! Amaran Tsunami di Sulawesi Barat susulan gempa bumi

Oleh MHDAILY

Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gempa lebih kuat, yang boleh mencetuskan amaran tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter, awal pagi tadi.

Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Dwikorita Karnawati dalam siaran media menerusi webinar berkata sehingga 10 pagi tadi, sebanyak 28 gempa susulan bermagnitud sederhana di bawah 5 Skala Richter berlaku di kawasan berkenaan.

Menurut analisis BMKG, gempa itu disebabkan pergerakan batuan dan tanah Mamuju dan ia adalah ulangan pergerakan batuan dan tanah yang pernah terjadi pada tahun 1969 (yang mencetuskan gempa 6.9 Skala Richter) dan 1984 (yang mencetuskan gempa 6.7 Skala Richter).

Baca Artikel Penuh