Gempar | Ahli Parlimen meninggal dunia akibat Covid-19

Gempar | Ahli Parlimen meninggal dunia akibat Covid-19

Penggubal undang-undang dan bekas menteri pengangkutan Jepun menjadi Ahli Parlimen pertama di negara itu disahkan maut akibat Covid-19

Agensi Anadolu melaporkan, Yuichiro Hata, 53, daripada Parti Demokratik Jepun (CDPJ) adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Tsutomu Hata mati di hospital di mana beliau dirujuk untuk ujian PCR.

Pemimpin CDPJ, Yukio Edano meluahkan kesedihan atas kehilangan Hata.

Sehingga kini, lima penggubal undang-undang Jepun diuji positif Covid-19.

Sehingga Selasa, Jepun mencatatkan 3,152 kematian akibat Covid-19, sementara lebih dari 184,500 orang pulih daripada penyakit ini.

Terdapat lebih daripada 223,000 kes yang disahkan di negara ini.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2020/12/658024/ahli-parlimen-jepun-meninggal-akibat-covid-19