Gempar !!! Ahli Majlis daerah Hulu Terengganu didakwa cabul dua wanita

Gempar !!! Ahli Majlis daerah Hulu Terengganu didakwa cabul dua wanita

Seorang Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu yang dilantik oleh kerajaan negeri Terengganu yang bergelar ustaz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang, Terengganu hari ini atas tiga pertuduhan mencabul dua wanita yang merupakan pesakitnya, lapor Kosmo.

Tertuduh, Rulam Akbal Abd. Manan, 52, yang merupakan bapa kepada lapan anak membuat pengakuan tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pengamal perubatan alternatif yang menggelarkan dirinya sebagai Ustaz itu dituduh mencabul seorang wanita berusia 31 tahun di sebuah rumah di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 8.30 malam, 22 November lalu.

Rulam Akbal dituduh sekali lagi mencabul mangsa sama di sebuah rumah di Tepoh, Kuala Nerus pada pukul 2.30 petang, 24 November lalu.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh dituduh mencabul seorang wanita lain berusia 25 tahun di sebuah rumah di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 2 petang, 9 September 2018.

Rulam Akbal dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/ahli-majlis-daerah-hulu-terengganu-bergelar-ustaz-dituduh-aniaya-dua-wanita/

COMMENTS