Gempar!! Adun PN terkucil bila disoal SKMM

Oleh FAHMI ABBAS

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini mengambil keterangan Adun Sungai Burong,

Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang kini sedang disiasat atas dakwaan menyebarkan maklumat palsu mengenai Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan SKMM, keterangan Zamri, yang juga merupakan wakil rakyat dari Perikatan Nasional (PN), diambil pada hari Selasa lalu

untuk membantu siasatan polis selepas akaun Facebooknya dilaporkan memuat naik hantaran yang didakwa sebagai palsu.

Zamri, yang sedang menjalani penggal pertamanya sebagai Adun, kini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Gempar!! Adun PN terkucil bila disoal SKMM

Seksyen ini memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan bersama pihak polis, pihak berkuasa telah meminta satu unit telefon pintar dan kad sim milik Zamri untuk dijadikan bahan bukti. Analisis forensik akan dilakukan ke atas peranti tersebut untuk membantu dalam siasatan lanjut.

SKMM juga menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial, dengan memastikan bahawa sebarang hantaran yang disebarkan adalah benar dan sahih.

Sebelum ini, pada 3 Januari, Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) telah membuat laporan polis berhubung hantaran berunsur fitnah yang disebarkan oleh Zamri.

Hantaran tersebut mendakwa Anwar Ibrahim menyokong solidariti bersama aktivis Iswardy Morni, yang akhirnya membawa kepada laporan polis yang turut dibuat oleh PKR Perak pada hari yang sama.

Siasatan terhadap kes ini masih berjalan, dan pihak berkuasa terus memberi peringatan kepada semua pihak untuk tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk tujuan fitnah atau penyebaran maklumat palsu.

BACA: Menteri dedah sebab apa tiada masjid dalam montaj tahun melawat Malaysia

Leave a Comment