Gempar !!! 5 hari tidur di kaki lima sebab tunggu duit BPN masuk

Gempar !!! 5 hari tidur di kaki lima sebab tunggu duit BPN masuk

Apa tindakan kerajaan terhadap kesah Akau Rabi (biru) yang berusia 73 tahun ini. Dia naik bas dari kampungnya Sebuyau ke bandar Kuching dengan kos RM40. Jaraknya 90 KM.

Tujuannya ialah untuk ambil duit bantuan perihatin negara (BPN) 2.0 berjumlah RM350.

Kini sudah 5 malam dia tidur di kaki jalan untuk mendapatkan duit BPN yang dia sendiri tidak tahu tarikhnya. Dia cuma diberitahu akhir bulan.

Di kampungnya tidak ada ATM. Dia kena ambil sendiri di Pejabat LHDN Kucing. Bayangkan dengan usia lanju dia tidur di tepi jalan. Makan minum tidak menentu kerana wang saku yang sedikit. Berbaloi ke dia datang ke Kucing?

Apakah tidak ada kaedah yang memudahkan rakyat pedalaman macam Akau Rabi. Apakah PM atau Tengku Zafrul tidak perihatin kepada mereka ini. Buatlah sesuatu. Permudahkan rakyat. Jangan banyak syarat macam I-Sinar KWSP dan Moratorium Bank.

Itu belum lagi cerita internet yang in-tenat di kawasan pedalaman untuk PdPR.

Semoga Akau Rabi pulang ke Sebuyau dengan selamat dan bawa balik duit BPN yang mungkin berbaki cuma RM200. –FB