GEMPAR | 116 kakitangan Panasonic Shah Alam positif Covid-19

GEMPAR | 116 kakitangan Panasonic Shah Alam positif Covid-19

Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd mengesahkan sebanyak 116 pekerja di kedua-dua kilangnya di Shah Alam dijangkiti COVID-19 dalam ujian saringan baru-baru ini.

Dalam satu pengumuman di Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu sudah pun melaksanakan ujian saringan terhadap semua 2,137 pekerja dan hanya 116 disahkan positif.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menasihati Panasonic untuk menghentikan operasinya sementara waktu sehingga satu tarikh ditetapkan.

Susulan nasihat itu, Panasonic memutuskan untuk menutup fasilitinya bermula hari ini hingga Rabu bagi membolehkan kerja pembasmian kuman dilakukan.

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta komuniti adalah keutamaan kami dalam mengawal keadaan. Kami telah dan akan terus mematuhi SOP COVID-19 secara ketat,” kata syarikat itu.

Ketika ini, semua kerja-kerja pembasmian di premis dan tempat tinggal pekerja dilakukan secara berkala.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/21/116-pekerja-panasonic-di-shah-alam-sah-positif-covid-19/