Gelagat pakcik merungut kenduri jamu cendol tak ikut selera buat netizen menyampah

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Dah masuk tahun 2024 ternyata masih ada lagi orang yang suka โ€˜judgeโ€™ majlis kahwin orang lain berdasarkan makanan yang disediakan.

JIka diperhatikan sekarang, kebanyakan majlis akan dijalankan di dewan atau hall,

jika di rumah selalunya tuan rumah akan tempah katering di mana semuanya telah disediakan,

Gelagat pakcik merungut kenduri jamu cendol tak ikut selera buat netizen menyampah

bahkan ada juga yang sediakan tambahan kiosk makanan sampingan seperti aiskrim, apam balik, kambing golek atau cendol.

Namun begitu, masih ada yang tak faham bahawa konsep menu yang disediakan adalah berdasarkan tempahan yang dibuat oleh pihak pengantin.

Tular satu video baru-baru ini apabila ada seorang pakcik mahu menikmati cendol yang ditempah tetapi bertindak demand macam-macam.

Dalam video yang berdurasi 26 saat dan telah meraih lebih 1,800 jumlah perkongsian di platform X itu memperlihatkan seorang pakcik bertanyakan jika kiosk cendol itu ada menyediakan aneka cendol yang lain seperti cendol pulut atau cendol tapai.

Screenshot 2024 01 15 111256

Namun begitu, penyedia makanan mengatakan bahawa tuan rumah hanya tempah cendol jagung sahaja untuk tetamu yang hadir ke majlis itu. Disebabkan itu, pakcik tersebut mengeluh kepada penyedia cendol itu.

Screenshot 2024 01 15 111320

โ€œTambah jagung sikit lagi, kacang tak ada eh? Pulut tak ada? Tapai tak ada? Tapai tak ada pulut tak ada apa lah,โ€ kata pakcik tersebut sebelum berlalu pergi.

Wanita disebelahnya yang dilihat hairan dengan sikap pakcik tersebut dilihat telah memujuk penyedia makanan itu. Video tersebut telah membuatkan ramai warganet rasa kurang senang denagn sikap pakcik tersebut.

Namun begitu, ada juga yang anggap ia sebenarnya satu perkara biasa buat orang-orang tua dan ada juga anggap bahawa ia tak perlu dijadikan isu kerana pakcik itu tidak bersikap agresif.

Hurm, biasalah generasi yang senior kan macam kasar sikit bila bercakap, tapi entah lah mungkin cuaca panas, tengah sibuk dapat pula orang cakap macam ni, kadang-kadang teruji juga.