Gara-gara tuan rumah hilang tanpa dikesan, individu ini mahu jual rumah yang disewanya

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Gara-gara tuan rumah hilang tanpa dikesan, individu ini mahu jual rumah yang disewanya

Sejak semalam, tular beberapa tangkap layar menunjukkan hantaran seorang individu anonymous

Dalam group Facebook yang berkongsi hasrat untuk menjual rumah yang disewanya.

Gara-gara tuan rumah hilang tanpa dikesan, individu ini mahu jual rumah yang disewanya

Menerusi hantaran tersebut, individu yang telah menetap lama di rumah terletak di Rawang itu mengatakan pemilik rumah sudah lama tidak munculkan diri dan dia pun sudah lama tidak membayar sewa.

Susulan itu, dia bertanyakan kepada ahli dalam group bagaimana cara untuk dia menjual rumah tersebut.

“Macam mana prosedur nak jual rumah ni ya? Boleh ke penyewa dapat bahagian kalau lepas jual rumah ni sebab dah lama saya sewa rumah ni. Dari belum ada anak sampai anak dah kahwin.

“Last bayar sewa 2021 sebab dia takde muncul. Jadi duduk free sampai sekarang. Tu saya tanya macam mana prosedur jual atau boleh saya sewa balik pada orang sebab owner dah takde dah/hilang.” tulisnya di Facebook.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa marah dengan individu itu yang mahu menjual rumah bukan miliknya.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mempersoalkan tindakan individu tersebut dan menasihatinya agar mencari ahli keluarga pemilik tersebut.

Gagal mendapatkan solusi daripada ahli group dan mendapat kritikan hebat, individu itu juga meluahkan rasa kesal terhadap netizen di ruangan komen kerana tidak membantunya.

BACA: “Aku pelik tengok ayah kerap sangat keluar masuk hospital, sekali aku terbaca laporan kesihatan ayah, rupanya ini penyakit ayah yang buat aku terduduk”