Gara-gara terlebih potong alat sulit masa berkhatan, kerajaan Malaysia kena saman RM3.1 juta

Oleh MHDAILY

Gara-gara terlebih potong alat sulit masa berkhatan, kerajaan Malaysia kena saman RM3.1 juta. Lelaki yang terpotong kepala alat kemaluan ketika berkhatan 12 tahun lalu, menerima ganti rugi RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat yang lain.

Turut turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang di Selangor.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa semua defendan melakukan kecuaian terhadap keadaan dialami plaintif yang kini berusia 22 tahun.

Gara-gara terlebih potong alat sulit masa berkhatan, kerajaan Malaysia kena saman RM3.1 juta

Beliau berkata, mahkamah membenarkan ganti rugi khas seperti dinyatakan dalam pliding iaitu RM108,356, selain ganti rugi am RM2 juta, ganti rugi teruk RM500,000, ganti rugi teladan RM500,000 dan kos RM100,000 dibayar kepada plaintif oleh semua defendan.

Akhtar membuat keputusan itu dalam prosiding dalam talian menerusi aplikasi Zoom yang turut disertai peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar bagi pihak plaintif dan Peguam Persekutuan Saravanan Kuppusamy yang mewakili defendan.

Tiga saksi plaintif dan lima saksi defendan memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 22 September 2020 itu.

Mohamad Zainuddin dan Saravanan ketika dihubungi pemberita mengesahkan keputusan semalam.

Saravanan bagaimanapun berkata, pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut sama ada mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 20 Februari 2019, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan saman itu, bagaimanapun Mahkamah Rayuan pada 20 Februari 2020 mengarahkan kes itu dibicarakan selepas membenarkan rayuan plaintif untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 19 Julai 2018, plaintif memfailkan saman menerusi ibunya dan mendakwa proses berkhatan pada 13 Disember 2010 tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila keseluruhan kepala alat sulitnya dipotong menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal apabila kemaluannya tidak dapat disambung semula.

Akibat kecacatan kekal itu, plaintif yang ketika kejadian berusia 10 tahun berubah sikap menjadi amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya.

BACA JUGA :

Sekiranya Pulau Pinang kembali kepada negeri Kedah, ini perkara yang bakal terjadi ramai nak tahu

“Mak dapat panggilan telefon dari ibu kekasih hati abang aku. Aku nampak mak tiba-tiba nangis terduduk rupanya ini yang jadi!”

“Hanya kerana mama nak sangat anak lelaki sekali yang lahir perempuan, aku disisih dari keluarga sekali ini yang aku buat”