Gara-gara terlalu popular, Maybank dan Airasia kena ‘claim’ milik Indonesia

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Dalam dunia perniagaan, ramai pengguna kini tidak lagi mempedulikan asal-usul sesuatu jenama,

sama ada ia berasal dari Malaysia atau negara lain, selagi jenama tersebut memenuhi keperluan harian mereka.

Ini termasuklah tentang asal usul jenama atau produk seperti batik yang sering menjadi perdebatan antara Malaysia dan Indonesia.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenama Malaysia yang sangat popular di Indonesia sehingga berjaya menakluk pasaran di sana?

Menurut Jembar Digital, jenama-jenama ini pernah dianggap sebagai jenama tempatan di kalangan rakyat Indonesia.

Gara-gara terlalu popular, Maybank dan Airasia kena 'claim' milik Indonesia

Antara jenama tersebut adalah Maybank, salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia. Namun, di Indonesia, kehadiran Maybank begitu besar sehingga ada yang menyangka ia adalah milik Indonesia.

Selain itu, jenama Fipper, yang terkenal dengan selipar atau sandal berreka bentuk minimalis dan menarik, juga mendapat perhatian di Indonesia.

Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat Indonesia menyangka bahawa jenama ini berasal dari Thailand kerana sandal ini berjaya menguasai pusat beli-belah terkemuka di negara tersebut.

Hakikatnya, Fipper adalah jenama yang berasal dari Malaysia dan telah diterima baik terutamanya di kalangan golongan muda yang mengutamakan keselesaan dan gaya kasual.

Ketiga, AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang berjaya menakluk bukan sahaja pasaran ASEAN tetapi juga diiktiraf sebagai antara jenama tambang murah terbaik dunia.

Syarikat penerbangan ini telah lama menjadi pilihan utama di Malaysia serta Indonesia.

Dengan promosi tiket tambang murah yang sentiasa dinantikan, AirAsia sering disalah anggap sebagai syarikat penerbangan Indonesia oleh sesetengah rakyat negara jiran.

Untuk memperkukuhkan lagi kehadirannya di pasaran Indonesia, CEO AirAsia, Tony Fernandes, baru-baru ini memutuskan untuk membuka ibu pejabat di Jakarta. Ini menunjukkan betapa pentingnya pasaran Indonesia bagi AirAsia.

BACA: Panas!! Kerajaan Pas kurnia tanah pegangan selama-lamanya kepada syarikat milik cina asal Kluang