Gara-gara terkesan dengan krisis ekonomi dunia? Saif Ali Khan cuba jual Jam Rolex pemberian dari Sultan Brunei

Oleh MHDAILY

Gara-gara terkesan dengan krisis ekonomi dunia? Saif Ali Khan cuba jual Jam Rolex pemberian dari Sultan Brunei

Saif Ali Khan mendedahkan cerita yang diingatinya mengenai berjumpa dan bersembang dengan anak perempuan kepada Sultan Brunei yang merupakan peminat besar dalam Bollywood kepada media.

Dapat Hadiah Jam Tangan Rolex Batu Permata

Gara-gara terkesan dengan krisis ekonomi dunia? Saif Ali Khan cuba jual Jam Rolex pemberian dari Sultan Brunei

Terdahulu, dalam temubualnya bersama East India Comedy beberapa tahun yang lalu, Saif Ali menceritakan pengalamannya mengenai menyertai satu acara orang kenamaan yang dibuat oleh Sultan Brunei kerana anak perempuannya merupaka peminat terbesar filem-filem Bollywood dan mendapat hadiah yang mahal.

“Saya sangat teruja dan berharap agar dia tidak melakukan apa-apa kepada saya, saya berpeluang merasai untuk berjumpa dengan beliau.

Beliau mampu menjemput Micheal Jackson menyanyikan lagu untuknya, beliau sangat kaya!. Anak perempuannya juga amat meminati Bollywood”-kata Saif Ali

Tambahnya lagi, dia mengingati dengan jelas bahawa dia, Manisha Koirala dan beberapa individu lain yang berada di Hotel Dorchester, London di panggil oleh beliau (Sultan Brunei).

Dia juga menginggati ktika itu ada kerusi besar dan kecil, lalu Saif duduk di kerusi besar tersebut kemudian ditegur dan mereka mengatakan itu adalah untuk anak perempuan Sultan Brunei.

Sebelum pulang, Saif bergambar bersama Anak perempuan Sultan Brunei tersebut dan kemudiannya diberikan hadiah satu kotak untuk dipegangnya.

“Saya buka kotak tersebut dan ia merupakan jam Rolex emas batu permata, kemudian saya memberikan kepada isteri saya untuk pakai”-kata Saif Ali

Saif Ali juga bergurau ingin menjual jam tersebut kepada pengarah filem Ramesh Turani dengan mengatakan “jam ini sangat sesuai dengan kamu”.

Saif Ali Pernah berkerjasama dengan Taurani dalam filem The Race. Baru-baru ini, anak perempuannya pula yang berkerjasama dengan taurani dalam filem Disney+ Hotstar ‘Gaslight’.

BACA:

Ini masjid paling sejuk dalam dunia suhu cecah -50 darjah celsius! Persoalannya macam mana jemaah masjid ambil wudhu?

“Tiap hari aku pergi kerja perempuan tu kacau anak-anak aku, kata nak rampas ayah mereka. Aku bagi mereka kahwin tapi sekarang baru madu aku rasa”