Gara-gara tekanan ekonomi peniaga nasi ayam terpaksa naikkan harga dari RM1.90 kepada RM3, undang keluhan ramai
Anda pasti perasan akan perubahan harga barangan dahulu dan sekarang. Peningkatan harga barang memberikan kesan kepada setiap rakyat Malaysia.
Disebabkan harga barang meningkat, banyak peniaga makanan yang meningkatkan harga jualan mereka
Dan walaupun mereka mahu memberikan harga murah tetapi faktor keadaan mendesak tetap membuatkan mereka terpaksa menaikkan harga jualan.
Terbaharu, sebuah kedai nasi ayam di Besut, Terengganu yang masih mengekalkan harga nasi ayam mereka iaitu RM1.90 sebungkus telah jadi bualan ramai apabila terpaksa menaikkan harga nasi ayam kepada RM3.
@suhaidasuu Cri samah seriya utk hidup bukan utk kaya ☺️ #NasiAyamKualabesut #jertehbesut #terengganu #besut #kelantan #fyp #fypシ ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik ID – Official
“Hampir 20 tahun kami berniaga nasi ayam RM1.90. Namun dengan ekonomi sekarang, kami terpaksa naikkan harga nasi ayam menjadi RM3,” ujar Suhaida Suu.
Akan tetapi, sikap segelintir pelanggan yang mengecam perubahan harga tersebut sedangkan ia masih murah berbanding harga di kedai-kedai lain telah mengecewakannya sebagai seorang peniaga.
“Walaupun harga nasi ayam kami RM3, tapi kami amat jaga dan pentingkan kualiti dan kuantiti. Tengoklah nasi pun banyak, ayam pun besar-besar tau.” tambahnya.
BACA: Remaja lelaki tumbuh ekor dianggap sebagai penjelmaan dewa, dapat layanan istimewa macam tuhan