Seorang lelaki warga emas di Indonesia mengejutkan saudara-mara dan jiran apabila rahsia dia menyimpan wang di bawah tilam terbongkar, lapor laman berita Thaiger semalam.
Lelaki berusia 74 tahun itu menyimpan wang di bawah tilam selama beberapa tahun.
Dia memberitahu mengenai wang itu selepas sakit teruk baru-baru ini.
Gara-gara tak percaya dengan sistem perbankan, warga emas ini kantoi dengan keluarga simpan duit bawah tilam lebih RM30,000!
Sebaik sahaja membuka tilam itu, ahli keluarganya menemui banyak wang kertas.
Lebih 20 orang kemudian bekerjasama untuk mengira wang kertas itu dengan jumlah keseluruhannya didapati melebihi 100 juta rupiah (RM30,319).
Wang-wang itu diikat menggunakan gelang getah, manakala beberapa keping wang dilihat mempunyai tanda kerosakan yang jelas.
Secara keseluruhan, kira-kira 10 juta rupiah (RM3,031) tidak layak untuk digunakan. Baki melebihi 100 juta rupiah (RM30,319) pula boleh disimpan di dalam bank.
Menurut keluarganya, wang itu dikumpul hasil titik peluh lelaki itu yang bekerja sebagai penternak itik.
Mereka merancang untuk menggunakan wang itu untuk mengubah suai rumah dan menampung perbelanjaan perubatan warga emas tersebut
BACA:
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio