Gara-gara tak maklum tukar pintu pelepasan, penumpang KLIA bengang terlepas flight

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Dua laporan polis telah dibuat terhadap sebuah syarikat penerbangan berikutan dakwaan mereka menukar pintu pelepasan

Tanpa memaklumkan kepada penumpang, yang mengakibatkan mereka terlepas penerbangan semalam.

Menurut bapa kepada salah seorang penumpang, Mohamed Rafi Mohamed, kejadian itu menyebabkan anaknya bersama dua saudara warganegara India tidak dapat menaiki pesawat ke Tiruchirappalli.

“Masa penerbangan anak saya sepatutnya pada pukul 8.10 malam (Sabtu). Semasa mendaftar masuk di kaunter, mereka diarahkan ke pintu C6.

Namun, selepas menunggu hingga 8.10 malam, tiada sebarang panggilan untuk naik pesawat,” dakwanya.

Gara-gara tak maklum tukar pintu pelepasan, penumpang KLIA bengang terlepas flight

“Anak saya kemudian bertanya kepada polis bantuan dan mendapati bahawa syarikat penerbangan tersebut telah menukar pintu dari C6 ke H pada pukul 7.17 malam.

“Walaupun terdapat beberapa kakitangan syarikat penerbangan di situ, tiada siapa yang memaklumkan mengenai perubahan pintu pelepasan. Lagipun, dari pintu C ke H, penumpang perlu menaiki bas,” tambahnya.

Justeru, Rafi berkata anaknya bersama seorang saudara warganegara India telah membuat laporan di Balai Polis Main Terminal Building di KLIA. Namun, nama syarikat penerbangan tersebut masih belum didedahkan, sementara menunggu maklum balas dari mereka.

Rafi mendakwa seramai tujuh penumpang terlepas penerbangan tersebut.

Dia juga menyatakan bahawa anaknya dan dua saudara mereka terpaksa membeli tiket baru untuk ke India, dengan kos keseluruhan sekitar RM8,000.

“Ketika membuat laporan, salah seorang pegawai polis memberitahu mereka sering menerima aduan serupa yang membabitkan syarikat penerbangan ini.

“Syarikat penerbangan tersebut tidak mahu bertanggungjawab, malah seorang pegawai mereka menyalahkan Malaysia Airlines Holding Bhd (MAHB). Kakitangan mereka juga memberitahu penumpang yang terlepas penerbangan untuk membeli tiket baru,” dakwanya.

Rafi berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil tindakan serius terhadap perkara ini agar penumpang yang terjejas diberikan keadilan.

BACA:Usaha suspek cuba rogol dua wanita tidak kesampaian gara-gara masalah mati pucuk

1 thought on “Gara-gara tak maklum tukar pintu pelepasan, penumpang KLIA bengang terlepas flight”

Leave a Comment