Gara-gara tak derma pada Pibg, murid 3 hari tahan malu didenda

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Di Malaysia, istilah sumbangan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat.

Derma yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga murid bertujuan untuk membantu menampung kos perbelanjaan sekolah.

Di Indonesia, sumbangan ini dikenali sebagai Sumbangan Pembinaan Pendidikan (SPP). Walau apa pun istilahnya, kita semua faham bahawa sumbangan ini diberikan secara sukarela dan tidak dipaksa.

Namun, baru-baru ini, satu insiden melibatkan seorang guru yang mendenda muridnya kerana tidak mampu memberikan sumbangan SPP telah mengundang kecaman ramai.

Ibu kepada murid tersebut, Puan Kamelia, tidak dapat menahan perasaan dan akhirnya membuat keputusan untuk bersemuka dengan guru kelas anaknya.

Gara-gara tak derma pada Pibg, murid 3 hari tahan malu didenda

Anak saya menangis, nak pergi sekolah rasa malu… Hati ibu mana yang tidak pedih melihat anaknya melalui situasi seperti ini?

Puan Kamelia terpaksa menahan sebak apabila mendengar cerita Mahesa, anaknya yang baru berusia 9 tahun, didenda oleh guru kelasnya kerana sudah tiga bulan tidak menyumbang kepada sekolah.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Mahesa tidak dibenarkan duduk di atas kerusi semasa pembelajaran berlangsung, dan terpaksa duduk bersila di lantai selama tiga hari berturut-turut. Malah, dia mengaku merasa malu dan takut untuk pergi ke sekolah kerana tindakan tersebut.

Puan Kamelia cuba menenangkan hati anaknya dengan berkata, “Sabar ya, Nak. Mama belum ada duit.”

Bersama anaknya, Puan Kamelia pergi ke sekolah untuk berjumpa dengan Kepala Guru (Guru Besar). Di sana, Puan Kamelia diberitahu bahawa pihak sekolah tidak tahu menahu mengenai denda yang diberikan oleh guru kelas tersebut.

Rupa-rupanya, Mahesa datang dari keluarga yang kurang mampu, di mana ibu bapa hanya bekerja sebagai buruh biasa dengan pendapatan yang sangat terhad. Sumbangan yang perlu dibayar oleh mereka adalah sekitar Rp60,000 (kira-kira RM16.00+), yang mana merupakan jumlah yang sangat berat bagi mereka.

Situasi ini memaparkan betapa pentingnya kita semua memahami keadaan sesama kita, terutama apabila melibatkan kewangan yang sering menjadi beban bagi sesetengah keluarga.

Sebagai masyarakat, kita perlu lebih sensitif dan memastikan setiap tindakan kita tidak membebankan orang lain.

BACA: Jangan main terima je parcel kalau tak nak ditangkap polis, wanita ini dedah sebabnya

1 thought on “Gara-gara tak derma pada Pibg, murid 3 hari tahan malu didenda”

Leave a Comment